Economic Functions of the State: An Islamic Perspective

Main Article Content

Joni Tamkin Borhan
Che Zarrina Saari

Abstract

Tanggungjawab pihak pemerintahan dalam ekonomi menurut perspektif Islam adalah bersifat semula jadi, tetap dan berkekalan. Berbeza dengan tanggungjawab pemerintah menurut perspektif ekonomi konvensional yang bersifat bermusim, bergantung pada keadaan dan keperluan, Pemerintah dalam negara Islam bertanggungjawab mewujudkan negara kebajikan untuk mencapai matlamat kerohanian dan kebendaan yang unggul dan menyeluruh kepada semua rakyatnya. Dari sudut ekonomi Islam, pemerintah bertanggungjawab memenuhi kebajikan ekonomi mengikut sumber yang ada dan keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan negara kepada pihak berkenaan tanpa wujud unsur-unsur negatif seperti eksploitasi dan seumpamanya. Artikel ini bertujuan menganalisis peranan negara dalam ekonomi menurut rangka kerja Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Borhan, J. T., & Saari, C. Z. (2002). Economic Functions of the State: An Islamic Perspective. Jurnal Usuluddin, 16, 75–90. Retrieved from https://jummec.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4060
Section
Articles