Rujukan Al-Quran dan Al-Hadith dalam Penelitian Fenomena Gempa Bumi

Main Article Content

Noor Fazilah Mohd Basiron
Monika @ Munirah Abd Razzak

Abstract

Bersumberkan al-Quran dan Hadith, pelbagai ilmu dapat ditimba sebagai panduan hidup manusia. Fenomena alam seperti gempa bumi bukanlah satu fenomena alam yang baru. Ia telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. Lantaran itu, kejadian fenomena ini ditelusuri secara terperinci dalam makalah ini supaya ia dapat diberikan gambaran yang lebih jelas akan kewujudannya serta cara mendepani bencana alam ini. Makalah ini membincangkan istilah yang digunakan oleh al-Quran dan Hadith dalam memahami pengertian sebenar fenomena gempa bumi. Selain itu, ia mengkaji peristiwa gempa bumi yang diberitakan di dalam al-Quran dan Hadith, serta peristiwa gempa bumi dalam sejarah Islam. Makalah ini juga meninjau bentuk siri kejadian bencana gempa yang berlaku, faktor penyumbang kepada berlakunya bencana gempa bumi serta pandangan berkaitan amalan ketika berlaku gempa bumi. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Basiron, N. F., & Abd Razzak, M. @ M. (2013). Rujukan Al-Quran dan Al-Hadith dalam Penelitian Fenomena Gempa Bumi. Jurnal Usuluddin, 38, 31–50. Retrieved from https://jummec.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7466
Section
Articles