Penghuni Syurga Menurut Pandangan Fakhr al-Dīn Al-Rāzī Tumpuan Terhadap Kitab Mafātīḥ Al-Ghayb

Main Article Content

Mohd Manawi Mohd Akib

Abstract

Syurga merupakan destinasi terakhir yang menjadi idaman orang yang beriman. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan juga al-Hadith yang menceritakan mengenai syurga. Akibatnya, pelbagai huraian telah dikemukakan oleh para ahli tafsir dan ulama kalam untuk menggambarkan keindahan dan kenikmatan syurga serta suasana penghuninya. Makalah ini membahaskan sebahagian persoalan berkenaan suasana penghuni syurga menurut seorang ahli tafsir yang juga seorang tokoh ahli kalam iaitu Fakhr al-Dīn al-Rāzī. Makalah ini juga meneliti huraian beliau terhadap ayat-ayat berkenaan suasana syurga dan sifat penghuninya. Pandangan daripada beberapa ahli tafsir lain mengenai isu tersebut juga akan turut dikemukakan sebagai perbandingan bagi melihat perbezaan dan persamaan pandangan di kalangan ahli tafsir.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Akib, M. M. (2012). Penghuni Syurga Menurut Pandangan Fakhr al-Dīn Al-Rāzī Tumpuan Terhadap Kitab Mafātīḥ Al-Ghayb. Jurnal Usuluddin, 35, 25–46. Retrieved from https://jummec.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7445
Section
Articles