Pemikiran Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam

Authors

Abstract

Pembangunan merupakan konsep yang multi-dimensi dan komprehensif mengandungi persoalan ekonomi dan bukan ekonomi. Pembangunan ekonomi adalah salah satu komponen penting dalam konsep pembangunan yang komprehensif. Ia juga merangkumi aspek-aspek yang boleh diukur dan tidak boleh diukur. Manakala konsep pembangunan ekonomi dalam Islam mengandungi nilai dimana objektif utamanya ialah untuk mencapai kebajikan manusia. Kebajikan manusia ini, menurut Islam tidak dianggap lengkap tanpa pembangunan nilai moral yang tidak dipentingkan dalam teori pertumbuhan ekonomi konvensional. Nilai-nilai moral ini adalah aspek yang tidak boleh diukur dan tidak boleh dipisahkan dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.

Downloads

Published

2008-06-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pemikiran Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam. (2008). Jurnal Usuluddin, 27, 93-107. http://jummec.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6331

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>