Dimensi Pengalaman Mengajar dan Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam Pengajaran Tilawah Al- Quran: Sebuah Analisis Korelasi

Dimensions of Teaching Experience and Pedagogical Content Knowledge in Teaching of Tilawah Al- Quran: A Correlation Analysis

Authors

  • Nurul Hamimi Awang Japilan Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Norhisham Muhammad Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Jahidih Saili Universiti Teknologi MARA Sabah Branch, Kampus Kota Kinabalu, 88997 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Keywords:

Tilawah al-Quran, Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK), Pengalaman Mengajar, Pedagogi Terbeza, Pembangunan Profesional Guru

Abstract

Pengajaran Tilawah al-Quran dalam sistem pendidikan Malaysia telah mengalami transformasi signifikan melalui penstrukturan kurikulum Pendidikan Islam khususnya dalam pengintegrasian pengetahuan pedagogi kandungan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian-kajian empirikal terdahulu mendapati guru Pendidikan Islam masih mencatatkan tahap pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang sederhana, serta cenderung mengamalkan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru. Berlandaskan integrasi teori efikasi kendiri dan model PPK, kajian ini menentukan hubungan antara pengalaman mengajar dan PPK dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini melibatkan 149 guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Zon Barat Sabah dengan menggunakan soal selidik berstruktur 12 item dengan nilai kebolehpercayaan tinggi (>.90). Dapatan menunjukkan tahap pengalaman mengajar (M=3.99, SP=0.56) dan PPK (M=4.00, SP=0.70) berada pada tahap sederhana tinggi, dengan hubungan negatif yang signifikan antara keyakinan mengajar dengan PPK (r=-.175, p<.05). Penemuan ini memberi implikasi penting terhadap transformasi program Pembangunan profesional guru yang perlu mengimbangi antara pengalaman praktikal dengan inovasi pedagogi kontemporari. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-12-2024

How to Cite

Awang Japilan, N. H., Muhammad, N., & Saili, J. (2024). Dimensi Pengalaman Mengajar dan Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam Pengajaran Tilawah Al- Quran: Sebuah Analisis Korelasi: Dimensions of Teaching Experience and Pedagogical Content Knowledge in Teaching of Tilawah Al- Quran: A Correlation Analysis. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 70–83. Retrieved from http://jummec.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/57169

Issue

Section

Article