Psikoterapi Tasawuf dan Peranannya dalam Pengurusan Emosi Pelajar

Sufi Psychotherapy and Its Role in Managing Students’ Emotions

Authors

  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Syafiqah Solehah Ahmad Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Keywords:

Psikoterapi Tasawuf, Pengurusan Emosi, Tazkiyah al-Nafs, Maqamat, Psikologi Remaja

Abstract

Psikoterapi tasawuf merupakan pendekatan spiritual yang berasaskan prinsip-prinsip Islam, seperti tawakal, muhasabah dan tazkiyah al-nafs yang bertujuan membantu individu mengawal emosi dan mencapai kesejahteraan dalaman. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan psikoterapi tasawuf dalam mengawal emosi pelajar melalui sorotan literatur sedia ada. Tekanan emosi yang dihadapi pelajar seperti tekanan akademik, sosial dan peribadi sering memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mental dan prestasi mereka. Pendekatan tasawuf menawarkan alternatif yang unik dengan menekankan elemen spiritual untuk membantu pelajar mengurus emosi secara holistik. Melalui kajian literatur, didapati bahawa elemen seperti sabar, syukur dan tawakal dapat membantu menenangkan minda, meningkatkan ketahanan diri dan mengurangkan stres. Pendekatan ini juga berpotensi diterapkan dalam program pendidikan dan kaunseling untuk memperkasa pelajar dari sudut emosi dan spiritual. Di samping itu, proses tazkiyah al-nafs turut memainkan peranan penting dalam pengaplikasian psikoterapi tasawuf ini. Berdasarkan sorotan literatur, psikoterapi tasawuf telah terbukti berpotensi sebagai satu intervensi yang efektif dalam membantu pelajar mengawal emosi mereka. Keberkesanannya turut memberikan implikasi positif terhadap kesejahteraan dan prestasi akademik pelajar, seperti yang dibincangkan dalam kajian ini. Namun, penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengukuhkan keberkesanan pendekatan ini melalui kajian empirikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-12-2024

How to Cite

Tengku Kasim, T. S. A., Ahmad, S. S., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2024). Psikoterapi Tasawuf dan Peranannya dalam Pengurusan Emosi Pelajar: Sufi Psychotherapy and Its Role in Managing Students’ Emotions. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 62–69. Retrieved from http://jummec.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/56658

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)