Hubungan Perdagangan Malaysia-China 1980-2013 (Trade Relations between Malaysia and China 1980-2013 )
Main Article Content
Abstract
Abstrak
Hubungan yang terjalin antara Malaysia dan China sejak termeterai hubungan diplomatik pada tahun 1974. Ini dianggap sebagai suatu pencapaian penting kerana Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Malaysia dijadikan model kepada negara-negara Asia yang lain untuk menjalinlcan hubungan dengan China. Selepas hubungan diplomatik terjalin, hubungan antara kedua-dua buah negara semakin erat apabila aspek perdagangan menjadi keutamaan dalam hubungan dua hala. Oleh kerana kepelbagaian produk yang dihasilkan mempunyai nilai pasaran yang baik maka kedua-dua negara berjaya menjadi rakan dagangan yang penting sehingga hari ini. Kajian ini mengkaji hubungan perdagangan Malaysia-China 1980-2013. Kajian bermula dengan membuat ulasan karya dari pengkaji yang membuat penyelidikan tentang tajuk tersebut dari China, Malaysia dan antarabangsa. Kemudian, kajian ini menumpukan kepada perdagangan Malaysia-China tahun 1980 sehingga 2013, bidang-bidang utama dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China seta kerjasama ekonomi Malaysia-China di bawah Rangka Kerja Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China.