KESILAPAN PENGGUNAAN KEIGO (SONKEIGO-KENJOUGO) BAHASA JEPUN

Main Article Content

MOHD SALLEH WASIK
ZAID MOHD ZIN

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan penggunaan Keigo (Sonkeigo-Kenjougo) bahasa Jepun dan meninjau penggunaan Keigo tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Jepun. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan 29 soalan ujian bertulis. Keperluan kajian ini adalah berdasarkan permasalahan yang timbul kepada penggunaan Keigo bahasa Jepun dalam kalangan pelajar asing. Ia juga mengambilkira kajian lampau yang telah dijalankan oleh Fenny Febrianty (2015). Melalui kajian ini, kesilapan pelajar dalam memilih Keigo sama ada ia berbentuk Sonkeigo atau Kenjougo dikenal pasti dan penggunaan Keigo dalam kalangan pelajar dapat dilihat bagi mengenal pasti punca masalah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menggunakan Keigo akibat kekeliruan dalam membezakan dan menggunakan ayat Sonkeigo-Kenjougo. Sebagai kesimpulannya, punca kelemahan pelajar dalam menguasai penggunaan Keigo bahasa Jepun dapat dikenal pasti bagi merancang strategi dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar bahasa Jepun

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles