KAJIAN SEMANTIK KATA NAMA PINJAMAN DALAM KOMIK JEPUN DAICHOUHEN DORAEMON
Main Article Content
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat kekerapan dan bilangan kata nama pinjaman dan untuk mengenalpasti perubahan makna yang dibawa oleh kata nama pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun. Didapati bahawa sebanyak 38 kata pinjaman mengalami pengurangan makna diikuti oleh kata pinjaman yang memiliki makna baru (20 perkataan) dan peluasan makna (4 perkataan). Pengurangan makna berlaku apabila makna kata pinjaman menjadi lebih spesifik dan makna asal sesuatu kata pinjaman tidak dikekalkan sepenuhnya apabila dijadikan kata pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Jepun. Manakala, pemilikan makna baru berlaku apabila makna kata pinjaman yang diperolehi berbeza dengan makna perkataan asal. Pemilikan makna baru boleh berlaku apabila kata pinjaman mengalami kedua-dua peluasan makna dan pengurangan makna. Selain itu, pemilikan makna baru juga boleh berlaku apabila kata pinjaman tidak mengalami sebarang perubahan makna yang disebut sebagai shift in meaning. Peluasan makna berlaku apabila makna kata pinjaman menjadi subjektif luas dan makna asal dikekalkan serta ditambah dengan makna baru.
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia