KAJIAN REKONSTRUKSI PELAJAR-PELAJAR RANCANGAN PERSEDIAAN KHAS KE JEPUN (RPKJ) DALAM ASPEK PENGURUSAN MASA A STUDY ON RECONSTRUCTION OF TIME MANAGEMENT ASPECTS OF RPKJ STUDENTS
Main Article Content
Abstract
Pengurusan masa sangat penting apabila seseorang pelajar itu menuntut di negara lain terutama Negara Jepun. Ini penting kerana pelajar-pelajar dalam kajian ini iaitu pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun(RPKJ) yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Jepun apabila lulus pengajian persediaan khas ke Jepun selama dua tahun di Ambang Asuhan Jepun(AAJ), Universiti Malaya. Menurut Peter F Ducker (2005), “Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tidak ada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali diri sendiriâ€. Menurut beliau, hampir semua orang membuang masa sekurang-kurangnya dua jam sehari. Oleh itu penjagaan masa merupakan satu yang sukar untuk direalisasikan dengan bijak terutama golongan pelajar. Kajian ini cuba melihat aspek pengurusan masa dalam aktiviti harian dan sikap pelajar dalam mengurus masa dan pengaruh persekitaran. Kajian rekontruksi pelajar dari aspek pengurusan masa yang dikaitkan dengan pengurusan diri pelajar. Soal selidik mengandungi 8 soalan dan diberikan kepada responden yang sama sebanyak dua tahap masa. Kali pertama semasa mereka berada kira-kira empat bulan di AAJ dan kali kedua setelah berada di AAJ selama setahun empat bulan. Kajian ini ingin melihat dari segi pemantapan jati diri aspek pengurusan masa dapat diaplikasikan oleh pelajar-pelajar RPKJ dalam meningkatkan kecemerlangan akademik di persediaan pengajian ke Jepun berpandukan nilai Melayu-Islam dan nilai budaya Jepun. Selain itu, kajian juga melihat tahap rekontruksi pelajarpelajar RPKJ dari aspek pengurusan masa semasa menuntut di AAJ sebelum bertolak ke Jepun selepas tamat pengajian selama dua tahun di AAJ. Hasil dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perubahan diri pelajar dalam aspek pengurusan masa di awal dan selepas lebih setahun berada di AAJ. Selain itu, faktor persekitaran dan suasana pembelajaran juga mempengaruhi pengurusan masa harian mereka. Di sini juga dapat dilihat rekontruksi pelajar-pelajar RPKJ dalam pengurusan masa yang mempengaruhi pencapaian akademik dan bersosial.
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia