Main Article Content

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan topik berkenaan konsep budaya hedonisme yang mengetengahkan aspek-aspek berkaitan definisi budaya hedonisme dan prinsipnya, latar belakang kemunculan dan perkembangan hedonisme sepintas lalu dari perspektif ahli falsafah Yunani dan Barat Moden. Pelbagai pandangan mereka mengenai hedonisme akan dibahaskan dalam perbincangan ini. Justifikasi perbincangan topik ini kerana mutakhir ini budaya hedonisme merupakan salah satu daripada elemen yang menjadi pegangan masyarakat terutama golongan muda. Justeru, dalam kertas kerja ini juga turut membincangkan permaslahan dan implikasi fahaman ini. Diharapkan perbincangan ini dapat melontarkan input tambahan mengenai budaya hedonisme masa kini

Keywords

Budaya hedonisme, Yunani, Barat Moden, masyarakat, implikasi

Article Details

How to Cite
Hamzah, H., Sabjan, M. A., & Mat Akhir, N. S. (2016). KONSEP BUDAYA HEDONISME DAN LATAR BELAKANGNYA DARI PERSPEKTIF AHLI FALSAFAH YUNANI DAN BARAT MODEN (Concept of the Culture of Hedonism Topics and its Background from the Perspective of the Greek Philosophers and Modern Western). Journal of Al-Tamaddun, 11(1), 49–58. Retrieved from http://jummec.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8695